Followers

Monday, May 31, 2010

Wudhuk Zahir dan Batin



Bismillahirrahmanirrahim.

Dikatakan salah satu amalan mencegah bala ialah dengan berwudhuk zahir dan batin.

Dikisahkan bahawa ada seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk dalam solatnya. Namun, dia sentiasa bimbang jika ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih baik ibadahnya, tujuannya supaya dapat memperbaiki dirinya yang selalu dirasanya kurang khusyuk.

Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Asam dan bertanya:

“Wahai Aba Abdurrahman (nama gelaran Hatim), bagaimanakah caranya tuan mendirikan solat?”

Hatim berkata:

“Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.”

Isam bertanya :

“Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu?”

Berkata Hatim:

“Wudhuk zahir sebagaimana biasa, membasuh anggota wuduhk dengan air. Manakala wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara iaitu:

  1. Bertaubat.
  2. Menyesali akan dosa yang telah dilakukan.
  3. Tidak tergila-gila dengan dunia.
  4. Tidak mencari atau mengharapkan pujian daripada manusia.
  5. Meninggalkan sifat bermegah-megahan.
  6. Meninggalkan sifat khianat dan menipu.
  7. Meninggalkan sifat dengki.

Seterusnya Hatim berkata lagi,

“Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di kananku, neraka di kiriku, malaikat maut berada di belakangku. Dan kubayangkan pula bahawa seolah-olah berdiri di atas titian Sirat dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku ( kerana aku rasa akan mati selepas solat ini), kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawadhuk (merasa hina), aku bertasyahud (tahiyyat) dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku solat selama 30 tahun.

Apabila Isam mendengar menangislah dia sekuat-kuatnya kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Dipetik daripada Buku 15 Amalan Penolak Bala terbitan Darul Nukman.

Friday, May 21, 2010

Janji Syahid Allah itu memang benar!

Assalamualaikum,

Saya menerima emel daripada sabahat saya pada 18hb Mei 2010. Saya merasa terpaku apabila membaca emel tersebut. Ingin saya kongsikan buat renungan kita bersama.

Pada 4/5/2010 (Selasa Pukul 10.00 pagi) saya dikejutkan dengan satu
panggilan memberitahu anak saudara saya (anak abang) talah meninggal kerana mati lemas ketika keluar berdakwah selama 40 hari mengikut Jemaah Tabligh ke pendalaman Sabah. Tempat sebenar kejadian di Daerah Beluran, lebih kurang 21/2 jam perjalanan ke Bandar Sandakan.

Remaja ini bernama Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi. Berumur 21tahun. Pelajar Ijazah Teknologi Alam Sekitar, Universiti Malaysia Terengganu. Kami berusaha membawa balik ke rumahnya di Sabak Bernam secepat
mungkin. Namun kerana peraturan dan dokumentasi, jenazah hanya berjaya dibawa balik pada keesokan harinya.

Tiba di Masjid Sri Petaling sebaik sahaja
solat Asar berakhir.

Sebaik sahaja kain kapan di buka saya melihat wajahnya seperti sedangtidur tanpa menunjukkan kulit pucat dan kaku seperti kebiasaan mayat. Saya teringat beberapa hadis yang memberikan tanda-tanda orang yang

mati dalam keadaan baik (Husnul khatimah).

Antaranya dahi berpeluh. Saya cuba mengusap dahi dan mukanya memang
terasa berpeluh dan lembab. Darah juga masih mengalir segar. Ketika saya cuba menggantikan kapas di mulutnya kerana kapas tersebut telah penuh dengan darah, saya terkejut kerana darah segar merah masih keluar dari mulutnya dan mengenai kapas baru. Saya menyangkakan
dia seperti masih hidup.

Ramai jemaah selepas solat asar juga bertanya adakah benar dia sudah mati kerana nampak seperti sedang tidur.
Ketika ibunya ingin menciumnya untuk kali terakhir, ibunya tertekan dadanya. Sekali lagi darah merah cair keluar dari mulutnya. Mengikut kelaziman, selepas hampir 2 hari dan disimpan didalam peti ais jenazah ketika menunggu untuk dihantar pulang, sudah tentu mayat menjadi beku dan pucat. Darah pun sudah tentu telah menjadi beku dan mati.

Namun kebesaran Allah s.w.t dan janjinya memang benar. Ketika manusia berlumba-lumba mengejar keduniaan, masih kedapatan manusia-manusia yang terpilih untuk mati syahid.

Saya terpanggil menulis dan berkongsi cerita ini kerana dalam keadaan
sosial para remaja yang semakin larut dengan budaya barat, marilah kita mengajak diri kita, anak2 dan kaum keluarga untuk kembali kepada ajaran Islam
sebenar dan mengamalkan amal-amal Islami secara bersungguh-sungguh.

Mudah-mudahan suatu hari nanti kita akan TERPILIH dalam golongan
orang-orang yang mati syahid di jalan Allah s.w.t.

Mengikut Ayahnya, Ayah angkatnya dan rakan2 universitinya, Huzaifah ini seorang remaja sangat berakhlak. Setiap masa terluang dihabiskan dengan berkunjung ke masjid dan surau bagi menunaikan ibadah dan kerja-kerja agama.

Malah sebahagian wang pinjamannya PTPTN; selain dari untuk yuran
pengajian, digunakan untuk dakwah dan kerja-kerja agama. Malahan beliau beberapa kali memberitahu kepada ayahnya yang setiap kali cuti semester panjang, beliau akan ke Sabah kerana disana terlalu ramai orang sudah tinggal kan Islam (Murtad) dan jika masih Islam pun tapi tiada amalan
Islam. Masjid dan surau kosong tiada jemaah.

Ketika selepas sembahyang Subuh hari sebelum beliau meninggal lemas ketika mandi di sungai, beliau telah berpesan kepada rakan-rakannya supaya meneruskan usaha dakwah dan mengembalikan orang-orang yang jauh daripada Islam kepada Islam semula. Amat mengagumkan dan membuatkan saya terasa amat kerdil dan tiada nilai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan syuhada sebagaimana yang
dijanjikan oleh Allah s.w.t.

PERSOALANNYA, diri kita, keluarga dan anak-anak kita bagaimana?

Adakah
telah pasti terselamat dari seksa alam akhirat?

Sama-sama kita renungkan.


wassalam

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails