Followers

Thursday, April 15, 2010

Tentang Wanita


Salam Semua.

Dikatakan oleh para ulama' bahawa; Doa wanita itu lebih makbul daripada doa lelaki kerana wanita lebih kuat sifat penyayangnya berbanding lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, baginda menjawa; “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

Di bawah ini disenaraikan 20 kelebihan wanita.

1. Wanita yang solehah lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

"....Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama mereka.......(An-Nisaa [4] : 34)

2. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT; akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

3. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

4. Sesiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.

5. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya seolah-olah dia telah memerdekakan anak Nabi Ismail as.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Sesiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan (baik) dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasullullah SAW “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila mendirikan solat lima waktu, puasa pada bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta memelihara aib suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun)

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihd pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

20. Rasulullah SAW menjelaskan betapa istimewanya nasib wanita yang hamil jika dia meninggal dalam masa hamilnya. Allah memberikan jaminan kepada yang berkenaan mendapatkan syurga sebagaimana janji yang Allah berikan kepada kaum lelaki yang mati syahid di medan perang untuk membela agama Allah. Kedudukan yang demikian tinggi bagi wanita yang meninggal saat melahirkan anak menunjukkan betapa besar barakah yang Allah dan RasulNya berikan kepada kaum wanita.

Mudah2an kita sebagai wanita dapat berusaha menjadi wanita yang solehah agar janji Allah dan RasulNya dapat kita raih. Allahua'lam.

2 comments:

Rain said...

salam kasih buat saudari.. :)

bersyukurlah kita diciptakan sebagai wanita yg sempurna sifat dan dan bersyukur juga dgn segala nikmat dan keistimewaan yang Allah berikan kepada manusia yang bergalar wanita..

wanita yang baik dan mulia ialah wanita solehah. waniat tercipta dengan kelembutan dan keindahan maka janganlah kotori dengan perangai dan sifat keji..

hanya wanita sahaja yang boleh melahirkan zuriat, dan bayi yang lahir itu sungguh suci dan bersih tanpa dosa, janganlah kita yang sempurna akal ini pula yang menambah dosa dengan perkara-perkara maksiat .

shefa said...

Salam Rainbow.

Begitulah Islam meletakkan wanita di kedudukan yang tinggi, Islam membebaskan wanita daripada penindasan pada zaman Arab Jahiliyah.

Allah melindungi wanita dengan menurunkan dua surah iaitu An-Nisa' dan At-Talaq dan Allah menjanjikan banyak kenikmatan kpd wanita, namun yang sedihnya ramai antara wanita tidak mahu menyedari dan merebut peluang yang Allah sediakan.

Wallahua'lam.

Anda Juga Mungkin Meminati

Related Posts with Thumbnails